|
Rayuan Cinta Buat Isteriku |
|
Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.
Penulis
|
: Ibn Abdul Azib |
Kod Katalog
|
: TBBK 1144 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-83-7 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM4.00
: Sabah / S'wak: 6.00
|
|
|
Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW |
|
Berkulit keras, Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu - Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah Buku 2 (Akan datang) - Haiwan Di Madinah • Merpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah.
Penulis
|
: Farimah Syarha Mohd Noordin |
Kod Katalog
|
: TBBK 1139 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-71-4 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM45.00
: Sabah / S'wak: 47.00
|
|
|
Ringkasan Riadhus Solihin |
|
Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.
Penulis
|
: Iman Nawawi |
Kod Katalog
|
: TBBK 1142 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-75-2 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: 52.00
|
|
|
Isteri dan Puteri Rasulullah |
|
Buku ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang bertanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang. Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.
Penulis
|
: Muhammad Mahdi al-Istambuli
: Musthafa Abu Nashr Al-Syilby
|
Kod Katalog
|
: TBBK 1150 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-80-6 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM23.00
: Sabah / S'wak: 25.00
|
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 4 of 17 |