|
Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”
Penyusun
|
: Dr Badrul Amin |
Kod Katalog
|
: TBBK 1149 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-84-4 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM1.00
: Sabah / S'wak: 1.50
|
|
|
Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Penulis
|
: Dr Farhan Hadi |
Kod Katalog
|
: TBBK 1138 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-76-9 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM23.00
: Sabah / S'wak: 25.00
|
|
|
Novel Tragedi Cinta Taj Mahal |
|
Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?
Penulis
|
: Aneesah Aliyyah |
Kod Katalog
|
: TBBK 1141 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-73-8 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM35.00
: Sabah / S'wak: 37.00
|
|
|
Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk: • Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah. • Bertindak dengan bijak dan pantas. • Cepat membuat keputusan. Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.
Penulis
|
: Yaser M Akhir |
Kod Katalog
|
: DF - TBBK 1146
: MKB - TBBK 1147
: MAPP - TBBK 1148
|
Kod ISBN
|
: DF - 978-967-5102-77-6
: MKB - 978-967-5102-78-3
: MAPP - 978-967-5102-79-0
|
Harga setiap sebuah
|
: Semenanjung M'sia - RM10.00
: Sabah / S'wak: 12.00
|
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 5 of 17 |