Halaman Utama
Solat Sunat Pilihan 2

Solat Sunat Pilihan 2Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, solat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa’ (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting: Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t. Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib. Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.

Penulis
: Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri
Kod Katalog
: TBBK 1141
Kod ISBN
: 978-967-5102-74-5
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: 22.00

 

 
Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji dan Umrah

Panduan Belajar Bahasa Arab*Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi bahasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain. *Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah membezakannya nanti. * Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembelajaran bagi semua peringkat usia.

Penulis
: Muhammad Sabri Sahrir
Kod Katalog
: TBBK 1131
Kod ISBN
: 978-967-5102-65-3
Harga

: Semenanjung M'sia - RM17.00

: Sabah / S'wak: 19.00

 

 
Anakku Dapat Semua A

Anakku Dapat Semua ABuku ini khusus untuk para penjaga menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran. Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertanggung jawab: • Diri pelajar itu sendiri. • Ibu bapa. • Guru dan sekolah. • Persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah. Sementara itu kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menuding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Bersedialah untuk memberi kemudahan dan sokongan moral dan fizikal.

Penulis
: Dr Mohd Shukri Abdullah
Kod Katalog
: TBBK 1134
Kod ISBN
: 978-967-5102-68-4
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: 22.00

 

 
Koleksi Cerpen Tawajuh Cinta

Koleksi Cerpen: Tawajuh CintaKoleksi 13 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen “Tawajuh Cinta” yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta. Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah SWT. Selamilah iramanya dalam “Lancungan Cermin”, “Tawajuh Cinta”, “Someng”, “Dilema Seorang Khaulah” dan banyak lagi.

Penulis
: Juwairiyah Md Jamil
Kod Katalog
: TBBK 1136
Kod ISBN
: 978-967-5102-70-7
Harga

: Semenanjung M'sia - RM12.00

: Sabah / S'wak: 14.00

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 6 of 17

TBSB Live!!

Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Online Sekarang

We have 4 guests online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini217
mod_vvisit_counterBulan Ini2603
mod_vvisit_counterKeseluruhan226110

Your IP: 38.107.191.109

Peta Lokasi