Halaman Utama
Dapur Xpress

Dapur Xpress • 50 RESIPI popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat. • Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya anda dengan kaedah penyediaan yang mudah dan teknik yang cepat. • Gambar berwarna untuk setiap masakan menjadi inspirasi kepada anda sekeluarga dalam pemilihan menu anda. • Petua dan info dalam penyediaan makanan yang lebih berkesan. • Memberi panduan yang mudah tentang kaedah membeli bahan mentah, keperluan asas di dapur, teknik penyediaan bahan mentah dan teknik penyediaan semasa memasak. • Inilah pembantu dapur yang anda perlukan untuk masakan yang on-time untuk dinikmati anda sekeluarga.

Penulis
: Chef Kamarul
Kod Katalog
: TBBK 1124
Kod ISBN
: 978-967-5102-54-7
Harga

: Semenanjung M'sia - RM35.00

: Sabah / S'wak: RM37.00

 

 
Panduan Perbankan Islam

Panduan Perbankan Islam Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan: • Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir. • Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah. • Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

Penulis
: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog
: TBBK 1123
Kod ISBN
: 978-967-5102-43-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
SJRTT Umrah Dan Adab Ziarah Madinah

SJRTT Umrah Dan Adab Ziarah Madinah Buku ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah. Antara faedah yang boleh didapati daripada buku ini ialah: Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah dan ziarah Madinah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. * Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. * Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah. * Boleh dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama ketika mengerjakan umrah dan ziarah. * Carta Aturan Pelaksanaan Umrah sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan umrah itu sebagai satu overview.

Penulis
: Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog
: TBBK 1126
Kod ISBN
: 978-967-5102-61-5
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
Novel Terasing

Terasing 11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhuwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?

Penulis
: Hilal Asyraf
Kod Katalog
: TBBK 1101
Kod ISBN
: 978-967-5102-59-2
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 9 of 17

TBSB Live!!

Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Online Sekarang

We have 5 guests online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini232
mod_vvisit_counterBulan Ini2618
mod_vvisit_counterKeseluruhan226125

Your IP: 38.107.191.109

Peta Lokasi