|
Memahami Keindahan Surah Yasin |
|
Surah Yasin antara surah yang sering dibaca terutama oleh masyarakat Melayu bagi memohon suatu hajat atau perlindungan kepada Allah SWT. Dalam majlis-majlis kesyukuran, mahupun musibah seperti kematian, lazimnya akan dibacakan surah Yasin. Buku ini digarap bagi menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat dalam surah Yasin yang mampu membawa kita menerobos ke dalam konteks yang lebih luas. Pemahaman mendalam dapat melahirkan kekhusyukan hati dan kehalusan jiwa apabila lidah menuturkan setiap patah perkataannya. Semoga buku kecil ini mampu menggambarkan keindahan surah Yasin dan berkongsi bersama masyarakat.
Penulis
| : 1. Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin 2. Ustaz Mohd Wahid Abd Haniff | Kod Katalog
| : TBBK 1121 | Kod ISBN
| : 978-967-5102-55-4 | Harga
| : Semenanjung M'sia - RM12.00 : Sabah / S'wak: RM14.00 |
|
|
Mak, Abah, Redailah Anakmu |
|
Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak. Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh. Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.
Penulis
| : 1. Dato' Siti Norbahyah 2. Ida Ezyani Othman | Kod Katalog
| : TBBK 1120 | Kod ISBN
| : 978-967-5102-53-0 | Harga
| : Semenanjung M'sia - RM12.00 : Sabah / S'wak: RM14.00 |
|
|
Novel Sesejuk Maaf Di Kalbu |
|
Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.
Penulis
| : Atiqah Ghazali | Kod Katalog
| : TBBK 1125 | Kod ISBN
| : 978-967-5102-58-5 | Harga
| : Semenanjung M'sia - RM17.00 : Sabah / S'wak: RM19.00 |
|
|
Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.
Penulis
|
: Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri |
Kod Katalog
|
: TBBK 1118 |
Kod ISBN
|
: 978-967-5102-35-6 |
Harga
|
: Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: RM52.00
|
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 10 of 17 |