Halaman Utama
Kisah Haiwan Madinah

Kisah Haiwan MadinahKisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

Buku 2 - Haiwan Di MadinahMerpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah

Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1140
Kod ISBN
: 978-967-5102-72-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM45.00

: Sabah / S'wak: RM47.00

 

 
Soal Jawab Remeh Tentang Haji Tapi Anda Malu Bertanya

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Haji Tapi Anda Malu BertanyaBuku ini berkisar persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah. Kelebihan buku ini ialah: • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah. • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji. Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.

Penulis

: Ustaz Zahazan Mohamed

: Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir

Kod Katalog
: TBBK 1137
Kod ISBN
: 978-967-5102-69-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
Furu' Al-Masail

Furu' Al-MasailFuru’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Penulis
: Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog
: TBBK 1157
Kod ISBN
: 978-967-5102-88-2
Harga

: Semenanjung M'sia - RM75.00

: Sabah / S'wak: RM80.00

 

 
Indahnya Amalan Doa

Indahnya Amalan DoaBuku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Penulis
: Dato' Ismail Kamus
Kod Katalog
: TBBK 1133
Kod ISBN
: 978-967-5102-66-0
Harga

: Semenanjung M'sia - RM35.00

: Sabah / S'wak: RM37.00

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 2 of 17

TBSB Live!!

Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Online Sekarang

We have 6 guests online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini233
mod_vvisit_counterBulan Ini2619
mod_vvisit_counterKeseluruhan226126

Your IP: 38.107.191.106

Peta Lokasi