Buku
Promosi Ramadan

 
Senjata Mukmin

Senjata MukminBuku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti

• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain

 

Penulis
: Ustaz Haji Muhidir Haji Tamjis
Kod Katalog
: TBBK 1159
Kod ISBN
: 978-967-5102-89-9
Harga

: Semenanjung M'sia - RM50.00

: Sabah / S'wak: RM55.00

 

 
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati

Mukmin ProfesionalBuku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:

• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.

Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

 

Penulis
: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Katalog
: TBBK 1145
Kod ISBN
: 978-967-5102-96-7
Harga

: Semenanjung M'sia - RM55.00

: Sabah / S'wak: RM55.00

 

 
Riba & Isu Kewangan Semasa

Riba & Isu Kewangan SemasaUmum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

 

Penulis
: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Kod Katalog
: TBBK 1160
Kod ISBN
: 978-967-5102-90-5
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
Kisah Haiwan Madinah

Kisah Haiwan MadinahKisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

Buku 2 - Haiwan Di MadinahMerpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah

Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1140
Kod ISBN
: 978-967-5102-72-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM45.00

: Sabah / S'wak: RM47.00

 

 
Soal Jawab Remeh Tentang Haji Tapi Anda Malu Bertanya

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Haji Tapi Anda Malu BertanyaBuku ini berkisar persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah. Kelebihan buku ini ialah: • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah. • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji. Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.

Penulis

: Ustaz Zahazan Mohamed

: Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir

Kod Katalog
: TBBK 1137
Kod ISBN
: 978-967-5102-69-1
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
Furu' Al-Masail

Furu' Al-MasailFuru’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Penulis
: Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog
: TBBK 1157
Kod ISBN
: 978-967-5102-88-2
Harga

: Semenanjung M'sia - RM75.00

: Sabah / S'wak: RM80.00

 

 
Indahnya Amalan Doa

Indahnya Amalan DoaBuku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Penulis
: Dato' Ismail Kamus
Kod Katalog
: TBBK 1133
Kod ISBN
: 978-967-5102-66-0
Harga

: Semenanjung M'sia - RM35.00

: Sabah / S'wak: RM37.00

 

 
Siapa Alien?

Siapa Alien? Diilhamkan oleh selebriti terkenal tanah air, Wardina Safiyyah, karakter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. Sesuatu yang “luar biasa” lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat. Ali adalah karakter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karakter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta..

Penulis
: Wardina Safiyyah
Kod Katalog
: TBBK 1162
Kod ISBN
: 978-967-5102-94-3
Harga

: Semenanjung M'sia - RM19.00

: Sabah / S'wak: RM21.00

 

 
Himpunan Cerpen: Kasih Tiada Nokhtah

Kasih Tiada NokhtahHimpunan cerpen-cerpen daripada penulis baru Nazzam Nazri, yang menampilkan cerita yang ringkas untuk anak-anak dan remaja. Koleksi cerpen ini menampilkan jalan cerita kehidupan. Ikuti asam garam kehidupan yang diceritakan dalam buku koleksi cerpen-cerpen ini. Tajuk cerpen-cerpen yang menarik di dalam: • Kenangan Terpalit Kasih Tiada Noktah • Dulu Lain… Sekarang Dah Lain • Kerana Baju Itu • Lumrah Dunia • Mama… Pesananmu Kujunjung Kasih • Oh Mama… Oh Papa… • Pasang Badan • Penangan Tok Ali • Kerana Kerjaya Ayahku • Putus Cinta Boleh Kurus.

Penulis
: Nazzam Nazri
Kod Katalog
: TBBK 1151
Kod ISBN
: 978-967-5102-82-0
Harga

: Semenanjung M'sia - RM12.00

: Sabah / S'wak: RM14.00

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7

Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini209
mod_vvisit_counterBulan Ini2595
mod_vvisit_counterKeseluruhan226102

Your IP: 38.107.191.109

Peta Lokasi