Halaman Utama Korporat
Korporat
Pengenalan Kepada Telaga Biru Sdn. Bhd.

Bangunan Baru Telaga Biru di Damansara Indastial ParkTELAGA BIRU SDN. BHD. telah ditubuhkan pada tahun 1997. Diasaskan oleh Tuan Hj. Waharp Yusoff yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri muzik dan audio visual. Penubuhannya adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bagi santapan minda dan rohani melalui sumber–sumber berbentuk lisan, audio dan visual yang disampaikan melalui kaset, CD, VCD, buku dan majalah. Usaha ini dibuat agar Muslimin dan Muslimat dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk membentuk fikrah yang murni di samping mendekatkan diri kepada Allah dan rasul-Nya.

 

Produk Telaga Biru

Produk-produk Telaga Biru diedarkan oleh beberapa pengedar di dalam dan luar negara. Antara negara-negara luar yang terlibat dalam pemasaran ialah Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan United Kingdom. Walaupun begitu, pihak syarikat berbesar hati menawarkan peluangpeluang perniagaan untuk usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stockist dan peruncit dari kawasan yang belum diwakili oleh unit-unit pengedaran kami. Jika anda berminat, sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga dan jualan.

 

Kenapa Produk Telaga Biru lain daripada yang lain?

Ciri-Ciri Buku Terbitan Telaga Biru:

  • Fakta yang tepat.
  • Menggunakan Sistem Dewan Eja sepenuhnya.
  • Isi diluluskan oleh konsultan syariah.
  • Mendidik.
  • Warna penuh atau warna spot.
  • Format majalah-buku (book-magazine).
  • Isi santai dan mudah tapi lengkap & tepat.
  • Reka bentuk universal & terkini.
  • Foto, ilustrasi & grafik.
  • Jadual, carta & peta minda.
  • Flashers & captions.
  • Box (kotak).
Jenis Bahan:
  • Al-Quran & al-Hadis.
  • Ensiklopedia. Rujukan.
  • Agama / Fardu Ain.
  • Sejarah.
  • Motivasi & Psikologi.
  • Keibubapaan.
  • Akademik.
  • Sains / Teknologi Maklumat.
  • Novel Islam.
  • Human Interest / Umum.
  • Pendidikan.
  • Pengurusan.
  • Collector’s item / Hadiah.

Sasaran

  • Ibu bapa – panduan mendidik anak.
  • Guru – bahan pengembangan pengajaran di sekolah.
  • Murid / pelajar / anak-anak.
  • Remaja.
  • Orang awam.

Bagaimana Skrip Dihasilkan

  • Penulis ternama.
  • R & D.
  • Terjemahan.
  • Bengkel penulisan.

Nilai Tambah dalam Buku Kami:

  • Kulit keras.
  • Kertas bermutu.
  • Reka bentuk kulit universal.
  • Reka bentuk isi mesra pembaca.
  • Prelim lengkap & bermaklumat.
  • End Book.
  • Glosari.
  • Bibliografi.
  • Indeks.
  • Penghargaan & penghargaan foto.

Pasaran:

  • Pasaran kami luas untuk menemui pembaca:
  • Ibu pejabat.
  • Pasaran terbuka (open market).
  • Kedai Mesra Stesen Petronas terpilih.
  • Kedai buku dan alat ibadah.
  • Sekolah-sekolah.
  • Lawan web.

Produk Sokongan:

  • DVD, VCD, CD dan kaset daripada perunding motivasi, artis, penceramah, zikir & selawat dan lain-lain.
  • Poster.
  • Buku nota.
  • Sun shade.
  • Penanda buku.
  • Poskad.
  • Mouse pad.
  • Merchandising items.

Perkembangan

Setakat April 2009, kami telah menerbitkan sebanyak 130 tajuk buku pelbagai bidang.Pada tahun 2009 kami berhasrat untuk menghasilkan sebanyak 170 tajuk.Besarlah harapan kami untuk merealisasikan sebanyak 300 tajuk pada penghujung tahun 2010. Insya-Allah...

 

 

 
Misi

Menyambung dakwah Islamiyah bagi menepati firman Allah SWT dan sabda junjungan Rasulullah SAW:

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan memberi nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang sebaik–baiknya.” (Surah al-Nahl:165)

 
Objektif
  • Menyediakan produk–produk berbentuk pengajaran dan nasihat yang berguna dalam bentuk hiburan dan pendidikan kepada seluruh individu merangkumi pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat.
  • Bersama–sama membantu masyarakat untuk mendidik jiwa dan peribadi secara tidak langsung melalui produk yang dihasilkan.
 
Simbolik Nama Telaga Biru
 

Kenapakah nama Telaga Biru dipilih?

  • Logo : Huruf ‘ba’ ( ?) huruf awal bagi perkataan 'bi'ru' (???) yang bermaksud “telaga”.
  • Telaga : Sumber air, sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain tanpa memberi mudarat kepada dirinya sendiri.
  • Biru : Menggambarkan ketenangan, kecintaan, kedamaian dan kesyahduan.
 


Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini203
mod_vvisit_counterBulan Ini2589
mod_vvisit_counterKeseluruhan226096

Your IP: 38.107.191.108

Peta Lokasi