Halaman Utama
Promosi Ramadan

 
Senjata Mukmin

Senjata MukminBuku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti

• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain

 

Penulis
: Ustaz Haji Muhidir Haji Tamjis
Kod Katalog
: TBBK 1159
Kod ISBN
: 978-967-5102-89-9
Harga

: Semenanjung M'sia - RM50.00

: Sabah / S'wak: RM55.00

 

 
Mukmin Profesional: Celik Mata Hati

Mukmin ProfesionalBuku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:

• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.

Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

 

Penulis
: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Katalog
: TBBK 1145
Kod ISBN
: 978-967-5102-96-7
Harga

: Semenanjung M'sia - RM55.00

: Sabah / S'wak: RM55.00

 

 
Riba & Isu Kewangan Semasa

Riba & Isu Kewangan SemasaUmum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

 

Penulis
: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Kod Katalog
: TBBK 1160
Kod ISBN
: 978-967-5102-90-5
Harga

: Semenanjung M'sia - RM20.00

: Sabah / S'wak: RM22.00

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 17

TBSB Live!!

Solusi Bakal Terbit

Sila klik pada gambar untuk melihat Solusi terdahulu

Hubungi Kami

Telaga Biru Sdn. Bhd.
(Co. No. 429118-A)
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62768057
Faks: 03-62754727
Web: www.telagabiru.net.my
E-Mel: admin@telagabiru.net.my

Online Sekarang

We have 3 guests online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini118
mod_vvisit_counterBulan Ini1373
mod_vvisit_counterKeseluruhan224880

Your IP: 38.107.191.108

Peta Lokasi