|
Komuniti TelagaBiruFan Dikemaskini |
|
|
|
|
Assalamualaikum w.b.k.t
Alhamdulillah..Sujud dan Syukur Kehadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar S.A.W.
Halaman web capaian untuk syarikat TelagaBiru Sdn Bhd iaitu Komuniti Telaga Biru fan kini telah siap dikemaskini sejak 20hb Jun 2006. Komuniti ini menggunakan sistem IM Portal yakni pecahan dari Sistem IntegraMod. Sistem ini lebih diperkemaskan dengan blok di kiri dan kanan bahagian portal.

Apa yang lebih menarik lagi adalah perubahan komuniti ini daripada sistem forum ke sistem portal. Ini dilengkapi dengan blok untuk topik terkini, aktiviti TelagaBiru fan, borang ahli, galeri ahli dan banyak lagi.
Akhir sekali diharap komuniti ini akan lebih meriah dan memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Terima kasih juga kepada pihak TelagaBiru Sdn Bhd dan juga rakan-rakan komuniti yang lain; Softhands , Alif.Com.My , Nasyid.Com.My
Layari : http://www.telagabirufan.com
|