• Register

Website Telaga Biru kini dapat diakses melalui aplikasi mobile dengan antaramuka mesra pengguna, sebarang cadangan dialu-alukan ke admin@telagabiru.net.my

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

 

Banyak hadis yang diriwayatkan telah menceritakan betapa Rasulullah SAW ialah seorang individu yang menitikberatkan soal kesihatan dan cara memeliharanya. Bagaimanakah kaedah pengubatan yang Baginda lakukan? Adakah tatacara pemakanan yang sekian lama kita lakukan bertepatan dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Apakah fadilat dan kelebihan di sebalik pengubatan dan nutrisi Baginda? Maka buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar pengubatan dan pemakanan Rasulullah SAW. Hal ini kerana buku ini menyajikan hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna. Maklumat-maklumat saintifik berkaitan yang ringan dan mudah untuk difahami. Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip berguna. Oleh itu, buku ini sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi umat dalam mengatur pemakanan dan pengubatan bertepatan dengan gaya Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk diikuti oleh umatnya. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.

 

Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif. Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan.

 

Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

 

Buku “Mudahnya Mengemas Rumah! ” ini diterbitkan sebagai usaha untuk membantu para pembaca menjalankan aktiviti mengemas rumah. Semua idea, teknik dan tip yang disediakan dalam buku ini segar-segar belaka dan mampu membantu para pembaca dalam aspek penjagaan kebersihan rumah. Aspek kebersihan juga tidak hanya bertumpu kepada aktiviti mencuci, menyapu dan mengelap tetapi juga teknik dan tip membersihkan segala perkakasan di dalam rumah. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberikan panduan mengemas berwarna bagi memudahkan rujukan anda; menyediakan panduan mengemas secara langkah demi langkah bagi memudahkan anda mengikutinya; memberi idea baharu dalam teknik menyusun atur perkakasan di dalam rumah anda, dan memberi tip-tip menarik dalam setiap aspek penjagaan kebersihan di dalam rumah.

 

Kumpulan Cerpen Rahsia Cintaku menghimpunkan 14 cerpen yang dilatari keindahan berlandaskan cinta kerana Allah SWT. Himpunan cerpen yang mampu menjentik jiwa pembaca ini merupakan hasil garapan seorang penulis berbakat besar, A. Ubaidillah Alias. Penyampaian mesej yang jelas namun padat dan penuh dengan penghayatan ini bakal mendidik dan menyedarkan pembaca tentang betapa indahnya berkasih sayang kerana Tuhan Pencipta cinta. Rahsia Cintaku mengungkap erti perhubungan yang didasari kesucian yang penuh hikmah. Selain itu, kisah bagaimana cinta yang didasari cinta kerana Allah itu mampu membawa semula manusia ke jalan yang benar dan diredhai-Nya. Semoga kisah-kisah penuh tauladan dan pengajaran ini bakal menjadi wadah membentuk jiwa masyarakat dan memberi sinar baharu buat mereka yang sedang mencari jalan menuju Kekasih-Nya Yang Maha Esa.

 

Buku “FORMULA SOLAT SEMPURNA EDISI EKSPRES” ini merupakan ringkasan dari buku “Formula Solat Sempurna ” dengan menggunakan pendekatan yang lebih mudah, ringkas dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa. Milikilah buku ini untuk dijadikan teman perjalanan anda. Hadiahkanlah kepada rakan dan keluarga anda agar buku ini mampu menjadi panduan solat yang ekspres!

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 28

Program Khas

Sila layari sini

Borang Daftar Keahlian


Langkah-langkah diperlukan:

1. Muat turun borang di sini
2. Cetak borang
3. Isi borang
4. Poskan borang ke:

    Unit Jualan Dalaman, Telaga Biru
    Sdn Bhd,  No 28, Jalan Tembaga,
    SD 5/2A, Sri Damansara Industrial
    Park, 52200, Kuala Lumpur

    bersama yuran sebanyak
    RM 15.00 berserta wang untuk
    penghantaran kad sebanyak 
    RM 8.00

Promosi Istimewa

Klik untuk maklumat lanjut

Kami bertanggungjawab dan memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan. (Surah at-Taubah ayat 29 & Surah Yusuf ayat 99) / (Surah al-Anfal ayat 53)


Klik untuk maklumat lanjut



Klik untuk maklumat lanjut

Statistik



Today: 561
Yesterday: 745
This Week: 1306
Last Week: 5105
This Month: 14555
Last Month: 22444
Total: 707986

Malaysia 64.9%Australia 2.5%Brunei Darussalam 0.4%
United States 25.1%Canada 1.3%Jordan 0.1%
Indonesia 3.7%Singapore 0.4%United Kingdom 0.1%


Pendapat Anda

Adakah anda sedar tentang perubahan Majalah GenQ bermula isu 15?

Peluang Kerjaya

KLIK untuk iklan

Solusi Terbaru


al-Ustaz Terbaru


Gen-Q Terbaru


Telaga Biru TV

Tonton siaran islamik secara percuma!

Telaga Biru.FM

Klik di bawah mengikut pemain audio anda.

Winamp windows Media Player Real PlayerQuickTime


Hubungi Kami

TELAGA BIRU SDN. BHD.
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200, Kuala Lumpur

Info

E-mail: admin@telagabiru.net.my
Telephone: 03-62754070
Fax: 03-62754110

casus telefon
telefon dinleme