• Register

Website Telaga Biru kini dapat diakses melalui aplikasi mobile dengan antaramuka mesra pengguna, sebarang cadangan dialu-alukan ke admin@telagabiru.net.my

Betulkah Menutup Aurat Itu Wajib?

Tudung Ialah Simbol Penindasan Wanita!

Tunggulah Sehingga Tua Nanti

Tunggulah...Belum Dapat Hidayah

Persoalan di atas sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri. Buku “Auratku Maruahku” ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat ini. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik. Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai. Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh. Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.

 

Life Is Too Short. Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Pelaksanaan ilmu pengurusan hutang ini amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi serta kewangan yang kian mencabar yang boleh digambarkan dengan kos kehidupan yang kian meruncing, budaya konsumerisme dan sudah semestinya, fenomena ‘KAYA HUTANG’ yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia (terutamanya belia negara kita serta kesan negatifnya kepada kedudukan kewangan sebenar golongan muda yang menjadi aset penting negara masa hadapan).

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU ‘JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG’?

Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-

• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.

• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.

• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan.

• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.

• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.

• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

 

“Aku pulang untuk meneruskan perjuangan. Perjuanganku masih panjang di tanah airku.”

“Aku tahu akan sampai masanya kami boleh dapat apa yang dihajati. Akan tiba masanya kami beroleh apa yang dihajati.”

“Sujud yang pertama selepas 16 tahun ini sangat indah. Sangat indah dan insya-Allah akan sentiasa indah.”

“Fatma, panggil aku Fatma. Fatma az-Zahra, seperti anakanda kekasih kita, Muhammad.”

Perjuangan srikandi muda dalam mengharungi suka duka di bumi asing. Mampukah mereka menempuhi setiap dugaan dengan tabah? Adakah impian mereka bakal tertunai? Berbaloikah setiap pengorbanan yang mereka lakukan untuk mengecapi nikmat yang kekal abadi? Selamilah dan hayati perjuangan mujahidah di ujana kehidupan mereka yang penuh pancaroba dalam mencari cinta Allah SWT.

 

Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu. Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah.

 

Dunia mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat. Hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat non-Muslim di Malaysia juga tiada perbalahan besar tercetus antara kedua-duanya. Sangat nyata sekali, perlu ada “sesuatu” yang dapat mengharmonikan masyarakat Islam dan non-Muslim. Justeru, masyarakat Islam perlu sentiasa merujuk tanggapan Rasulullah SAW tentang masyarakat non-Muslim ketika zaman Baginda. Bagaimana Baginda melayan non-Muslim? Bagaimana tanggapan Baginda terhadap non-Muslim? Bagaimana pemerintahan Islam boleh harmoni walau adanya masyarakat non-Muslim? Rungkaikan persoalan global ini dengan memiliki buku ini. Insya-Allah, kita akan dapat menerapkan seni interaksi Rasulullah SAW bersama masyarakat non-Muslim dalam kehidupan seharian.

 

Sesungguhnya politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru politik adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Panduan terbaik yang seharusnya ditekankan dalam berpolitik adalah prinsip berpolitik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sistem berpolitik di negara ini dahagakan penerangan dan ilmu yang benar bagi meningkatkan kefahaman pemimpin dan rakyat dalam berpolitik. Kelebihan buku ini ialah ia memberikan panduan dan tip bagaimana cara berpolitik mengikut panduan yang digariskan dalam Islam, menyediakan kisah-kisah dan strategi berpolitik Rasulullah dan para sahabat semasa zaman kebangkitan Islam, padat dengan sorotan persoalan-persoalan penting bagi mematangkan minda politik Muslim, dan sarat dengan info berguna sebagai panduan berpolitik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

 

Seronoknya Mengenali al-Quran. Baik teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri atau sebagainya,kepuasan dapat menyelesaikan satu-satu uji minda sangat manis. Otak benar-benar dirasakan segar dan aktif. Dalam masa yang sama banyak maklumat am yang dipelajari secara seronok dan santai. Itulah pengalaman yang ditawarkan dalam buku ini. Melalui 111 cabaran uji minda, pembaca bukan sahaja disajikan dengan sembarangan fakta, bahkan berkaitan nama surah al-Quran. Dengan pendekatan uji minda, belajar tentang al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan. Kita tahu bahawa banyak perkara yang kita tidak tahu. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu selepas kita mengetahui perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Jom ukur berapa banyak yang kita tahu dan tidak tahu tentang surah-surah kalamullah!

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 35

Ahli VIP

DAFTAR KEAHLIAN



PROMOSI ISTIMEWA AHLI BULAN APRIL 2014


Kad VIP ke kedai!


Diskaun Langganan!


Ruang Khas

Klik Kulit Buku Untuk Jawapan

Statistik



Today: 394
Yesterday: 484
This Week: 1738
Last Week: 2728
This Month: 10231
Last Month: 13120
Total: 678030

Malaysia 74.2%Indonesia 5%United Kingdom 0.3%
Australia 10.6%Singapore 0.8%Canada 0.3%
United States 6.4%Brunei Darussalam 0.5%Japan 0.1%


Pendapat Anda

Adakah anda sedar tentang perubahan Majalah GenQ bermula isu 15?

Peluang Kerjaya


Solusi Terbaru


al-Ustaz Terbaru


Gen-Q Terbaru


Telaga Biru TV

Tonton siaran islamik secara percuma!

Telaga Biru.FM

Klik di bawah mengikut pemain audio anda.

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime

  


Hubungi Kami

TELAGA BIRU SDN. BHD.
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200, Kuala Lumpur

Info

E-mail: admin@telagabiru.net.my
Telephone: 03-62754070
Fax: 03-62754110

casus telefon
telefon dinleme