• Register

Website Telaga Biru kini dapat diakses melalui aplikasi mobile dengan antaramuka mesra pengguna, sebarang cadangan dialu-alukan ke admin@telagabiru.net.my

Modul Jawi BDN berserta perisian ini merupakan satu kaedah baharu yang dibangunkan khas untuk membantu mereka (golongan yang bermasalah untuk menguasai Jawi) supaya lebih mudah untuk membaca dan sekali gus memahaminya. Modul ini juga turut diperkenalkan di institut pendidikan tinggi dan juga kepada bukan Islam yang mempunyai minat untuk mempelajari dan membaca tulisan Jawi tanpa perlu mengikuti pembelajaran secara formal. Berdasarkan daripada testimonial pelajar dan orang awam yang telah mempraktikkan kaedah ini, didapati mereka mampu membaca tulisan Jawi dengan lancar dalam tempoh lima hingga sepuluh jam sahaja selepas diberikan pendedahan dan pendekatan pembelajaran menggunakan Kaedah Jawi BDN ini. Keberkesanan Kaedah Jawi BDN terbukti mampu membantu mereka yang lemah dan buta Jawi. Modul Jawi BDN ini turut dilengkapi dengan Perisian Jawi BDN yang bersifat mesra pengguna. Sebanyak 450 patah perkataan telah diprogramkan dalam perisian ini bagi memudahkan carian perkataan dan apa yang lebih menarik, pengguna masih boleh menambah perkataan atau ayat-ayat sendiri mengikut kesesuaian tajuk serta keperluan pelajaran.




Nama Penulis : Wan Azhar Mahmood / Mohd Azly Ibrahim

Harga: RM 29.00

Kod Produk: TBBS 1017

ISBN: 978-967-388-068-3

Saiz: 7.5 inch x 10.25 inch

Cetakan: 2 Warna

Mukasurat: 240 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Jun 2012

 

Hubungi Kami

TELAGA BIRU SDN. BHD.
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200, Kuala Lumpur

Info

E-mail: admin@telagabiru.net.my
Telephone: 03-62754070
Fax: 03-62754110

casus telefon
telefon dinleme